• Home
  • Software
  • Tutorial
  • Disclaimer
  • Music
  • E-book
  • Novel
  • Movie
  • Edit
  • 26 Aug 2017





    7 Petua Mudah Kempiskan Perut
    Kuruskan Badan Tanpa Ubat! Mudah ke nak kempiskan perut? 
    Ada ke cara dan petua untuk kuruskan badan tanpa makan ubat?
    Maklumlah, macam-macam ubat kurus badan yang ada di pasaran sekarang sampaikan 
    ada antara kita yang berhabis ratusan mungkin ribuan ringgit untuk mendapatkan bentuk


     badan yang langsing lagi menawan macam zaman anak dara
    atau bujang dulu. Kata orang, kalau nak selesaikan masalah, kenalah tahu apa punca
     masalah.
    Jom pakat baca 7 petua mudah untuk kita kempiskan perut dan kuruskan badan tanpa
     perlu makan ubat.

    Apa 7 Petua Mudah Untuk Kuruskan Badan dan Kempiskan Perut? Untuk tak
     mengecewakan diri sendiri, petua untuk kuruskan badan dan petua untuk kempiskan
     perut boroi ini hanya akan berjaya jika kita disiplin dan kuat iman menahan godaan 
    pelbagai jenis makanan yang super enak dan masyuk yang ada di sekitar kita. Ingat yer,

    apa jua jenis petua dan cara, disiplin tetap nombor satu untuk kita berjaya.
    7 petua yang anda boleh cuba untuk kempiskan perut dan dapatkan badan yang
     lebih kurus berbanding sekarang;
    Minum air masak banyak-banyak. Berapa banyak nak minum? Satu lori tangki? 
    Ada yang kata 8 gelas sehari ataupun paling tidak 2 liter sehari. Banyakkan 

    minum air mineral atau air kosong dan kurangkan minum air manis. Cubalah tengok
     warna urin anda. Kalau jernih/’slightly’ kuning, oklah tu. Kalau kuning sangat, minumlah 
    air kosong yer! 
    InshaaAllah minum air kosong juga boleh sebabkan kita rasa kenyang dan 
    kurangkan nafsu makan.

    Cubalah! Kualiti senaman. Tak perlu kita nak beli macam-macam mesin. Kalau ada duit,
     belilah. Kalau tak, cukup kita berjoging pusing taman perumahan. Jangan malu. 
    Bukan mereka yang nak kuruskan badan. Senaman ringkas-ringkas pun cukuplah.
    Yang penting, kita tahu jenis senaman (kena tanya mereka yang pakar). Lagi elok 
    kita bersenam setiap hari. Biar kita rasa seronok bila bersenam.
    Kurangkan makan kek dan coklat sebagai snek utama kita. Ganti dengan 
    buah-buahan dan sayur-sayuran. Pandai-pandailah anda ubahsuai buah 
    dan sayur untuk jadi lebih menarik untuk dimakan. Buah apa? Amalkan 
    makan buah epal, betik, belimbing sebelum anda makan makanan utama.
     Ubah cara kita makan. Maksudnya makan perlahan-lahan. Kunyah
     makanan sampai benar-benar hancur luluh. Mudahkan kerja perut kita untuk hadam.
    Sebab tu Nabi pesan suruh kunyah 40 kali. Ada hikmahnya kita ikut sunnah Nabi. 
    Kalau makan cepat-cepat, udara boleh terkepung dalam usus. Tu yang jadikan 
    perut kita “buncit angin”. Tingkatkan dan kekalkan motivasi. Minda yang aktif dan 
    positif penting untuk kita berjaya kuruskan badan & kempiskan perut.
    Bacalah pengalaman mereka yang berjaya turunkan berat badan. InshaaAllah
     kita akan lebih bersemangat untuk bersenam dan ikut jadual pemakanan yang 
    teratur. Kalau orang lain boleh kurus, kenapa tidak kita?
    Kurangkan garam. Banyak makan garam memang banyak mendatangkan masalah
     pada badan kita.
    Darah tinggi tu pun satu!

    Banyak makan garam akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan tubuh
     dan boleh lambatkan proses air nak keluar dari sel badan. Bakar lemak dengan 
    betul. Senaman joging atau main badminton boleh membakar lemak. Jadi elakkan 
    minum air milo dan 100plus.

    Nanti dah tak berapa berkesan senaman kita tadi. Ada Cara Lain Untuk Langsingkan
     Badan &Miliki Badan Yang Menawan Tegap? Amalkan diet yang sihat. Cara 
    senaman yang tidak melampau, betul kaedahnya sememangnya terbukti boleh 
    kuruskan badan dengan selamat

    . Bukti? Anda lihat sendiri gambar di bawah. 7 Petua Mudah Kempiskan Perut &
     Kuruskan Badan Tanpa Ubat!


    rahsia lulus temuduga

    3 Jan 2016



    1 Sebelum kerja kerajaan anda perlu tahu hal ini Sebelum anda memohon jawatan dalam kerja kerajaan, anda perlu membuat tinjauan atau kajian yang terperinci kerana sebelum kerja kerajaan anda perlu tahu hal ini. Ianya akan memberi impak kepada kerja anda di masa yang akan datang sekiranya anda ambil mudah perkara ini. 1. Kontrak perkhidmatan bertulis. Dalam kontrak ini terkandung beberapa maklumat penting iaitu nama majikan, jawatan pekerjaan, tarikh diterima berkhidmat, gaji permulaan, syarat dan masa bekerja, jumlah cuti, jumlah cuti sakit yang bergaji, faedah perubatan dan notis berhenti kerja. Klik sini untuk kerja kerajaan http://goo.gl/NJ8vjw


    .2 Akta Pekerjaan 1955 membuat ketetapan bahawa penyata gaji perlu disertakan bersama gaji pekerja. Dalam penyata tersebut perlu ada maklumat seperti gaji, bayaran kerja lebih masa, elaun, bonus, potongan KWSP dan PERKESO. Gaji pekerja haruslah dibayar dalam tempoh tidak lewat daripada hari ke 7 selepas hari terakhir setiap bulan. Klik sini untuk kerja kerajaan http://goo.gl/NJ8vjw

    3. Cuti umum. Setiap penjawat awam berhak mendapat cuti sekurang-kurangnya 10 hari cuti umum bergaji, 4 daripadanya termasuklah Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Pemerintah Negeri atau Wilayah Persekutuan dan Hari Pekerja. Sekiranya anda ditimpa sakit pada hari cuti umum, anda boleh menuntut hak cuti bergaji di hari yang lain. Klik sini untuk kerja kerajaan http://goo.gl/NJ8vjw

    4. Tidak datang bekerja. Sekiranya anda tidak hadir bekerja di kementeria, jabatan atau agensi kerajaan melebihi 2 hari berturut-turut tanpa kebenaran dari majikan, anda sudah dikira melanggar kontrak perkhidmatan. Sebaik-baiknya anda perlu mengemukakan bukti mengapa anda tidak hadir dan maklumkan perkara tersebut pada ketua jabatan anda
    . Klik sini untuk kerja kerajaan http://goo.gl/NJ8vjw